CARA-CARA NAK BUAT NASI KERABU
Penyediaannya juga tidaklah susah sangat, buat sambil main-main pun boleh.
Saya akan ajar satu persatu mengikut tertib cara-cara menyediakannya bermula dengan langkah pertama:CARA-CARA MENANAK NASI
Masukkan beberapa helai daun limau purut |
Bunga Nasi Kerabu |
CARA MEMBUAT TUMIS NASI KERABU
Bahan-bahannya:
Bawang merah
Halia
Serai
Cili Kering
Asam keping
Cara-cara membuatnya;
Bahan-bahan yang diperlukan |
Selain santan dan kerisik |
Blender semua bahan kecuali kerisik dan santan |
Seletah minyak panas masukkan asam keping |
Kemudian masukkan bahan yang telah diblender tadi |
Kacau dan biarkan sehingga naik baik dan berwarna keemasan. kemudian masukkan santan dan budu. |
Masakkan dengan api perlahan sehingga menjadi pekat |
Nilah rupa tumis yang sudah betul-betul masak |
CARA-CARA BUAT SAMBAL KELAPA
Bakar ikan dulu |
Sampai jadi macam ni |
Sambil-sambil tu. goreng kelapa parut. Gunakan api yang perlahan |
Hingga jadi macam ni. Kena sentiasa kacau kelapa tu takut hangus. Kalau hangus nanti sambal kita jadi pahit |
Bahan-bahan yang perlu ditumbuk ialah bawang merah, halia, isi ikan. tumbuk lumat |
Tumbuk sampai lumat leit |
Kemudian campurkan dengan kerisik. gaul sebati dah siap |
CARA-CARA BUAT SOLOK LADA
Belah lada dengan hati-hati |
kemudian buang bijinya |
bahan-bahannya ialah lada, lada hitam, sebiji setengah bawang besar, ikan bakar tawar yang sudah diperisi dua ekor, sepotong halia, asam limau dan sebiji telur. |
Selain tu, isi kelapa yang telah digoreng dan yang tidak digoreng juga diperlukan |
Tumbuk bahan-bahan tadi sekaligus sehingga lumat dan sebati kemudian asingkan |
Kemudian tumbuk pula Isi kelapa yang tidak digoreng |
selepas lumat isi kelapa yang tidak digoreng, masukkan pula kelapa yang digoreng |
Selepas kelapa tadi ditumbuk, gaul hingga rata kemudian masukkan satu sudu kecil garam |
Sedikit Ajinamoto |
Pecahkan sebiji telur |
Perah sedikit Asam Limau |
Kacau hingga sebati. Jangan lupa gaul sekali dengan bahan yang ditumbuk tadi iaitu isi ikan, halia, bawang dan lada hitam |
Sumbatlah bahan-bahan yang telah diadun tadi |
sumbat kasi penuh dan cantik |
masukkan ke dalam periuk dan direbus bersama sedikit santan |
Gunakan api yang perlahan atau sederhana |
EKSESORI-EKSESORI NASIK KERABU YANG SUDAH COMPLETE DISEDIAKAN
Daging bakar.. sedikit garam, sedikit ajinamoto, sedikit halia, sedikit kunyit, dua ulas bawang putih. Tumbuk sekaligus sapu kat daging kemudian perap sekejap sebelum dipanggang. |
Solok Lada yang sudah siap |
Telur Masin |
Kerisik Kelapa Yang sudah siap |
Ayam goreng kunyit |
Tumis nasi kerabu |
Daging bakar + Ayam Goreng |
Budu |
Nasi Kuning |
TAMBAHAN EKSESORI
Bawang Jeruk |
Ikan Celup Tepung |
Keropok Goreng |
SET LENGKAP NASI KERABU
Sekian sahaja resepi masakan pada hari ini. Diharap menu ini membuka selera tuan-tuan dan puan-puan seisi keluarga menikmati jaudah berbuka yang ringkas tetapi... pergh.. akan tambah berkali-kali. Rasa cam tak nak sudah. Bini saya sediakan ni pun sebab anak sulungnya balik dari asrama. So.. isteri sediakan menu kegemaran untuk anak sulong berbuka sebab kat asrama katanya makanan untuk berbuka sangat simple.
Aku cadangkan apa kata korang buat jus buah untuk minuman petang ni. NASIK KERABU VS JUS BUAH perghhh,...
SEKIAN TERIMA KASIH..
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags