Resepi Coklat Truffles

Resepi Coklat Truffles sempena Hari Kekasih

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Resepi Coklat Truffles sempena Hari Kekasih

Sempena sambutan Hari Kekasih, pasti ada di antara anda yang masih mencari-cari hadiah istimewa untuk mereka yang tersayang.

Apa kata anda cuba sesuatu yang berbeza, dengan menghadiahkan coklat truffles hasil dari air tangan anda sendiri. Bukankah ianya lebih istimewa.

Apa yang paling penting, cara untuk membuatnya sangat mudah dan tidak memerlukan masa yang lama.

Jom cuba resepi mudah coklat Truffles yang dipetik daripada Simply Recipes.

Bahan-bahan:
180gram gula ising
60gram krim keju
100g coklat masakan kurang manis
Serbuk koko


Picture
Cara menyediakan:
1. Campurkan gula ising dan krim keju, kemudian gaul rata kedua-dua campuran tersebut.
2. Cairkan coklat masakan dengan mengunakan cara double boiler. Setelah cair, biarkan sejuk     seketika.
3. Campurkan adunan gula dan krim keju tadi  bersama cokolat yang sudah dicairkan. Gaul sebati.
4. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
5. Keluarkan dari peti sejuk dan ambil sedikit adunan dan di uli menjadi bulat seperti biji guli yang besar.

Picture
6. Gulingkan dan salutkan bebola yang di bentuk tadi didalam serbuk koko.
7. Sejukkan semula di dalam peti sejuk sebelum di makan.

Mudah sahaja. Selamat mencuba!

[Sumber Foto: Aromara]

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Top Post Ad

Below Post Ad