Mari Segarkan mata anda dengan kurma milkshake

Segarkan mata anda dengan kurma milkshake

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Segarkan mata anda dengan kurma milkshake

Selepas anda menjamu selera pada waktu tengahari pasti anda akan berasa lesu dan mengantuk untuk meneruskan kerja anda di pejabat bukan?

Ada diantara anda yang akan minum minuman bertenaga seperi Red Bull, Livita dan bermacam-macam lagi dan tak kurang juga bagi kaum lelaki yang akan keluar merokok kononnya bagi menghilangkan mengantuk, namun pada hakikatnya ia tidak langsung menyegarkan mata anda yang mengantuk itu.

Tetapi tahukah anda bahawa minuman kurma milkshake mampu menyegarkan anda kembali? Ini kerana anda pasti sudah sedia maklum buah kurma sememangnya berkhasiat dan mampu memberi tenaga tambahan.

Oleh itu, kali ini kami ingin berkongsi dengan anda cara mudah untuk buat kurma milkshake yang sedap dan berkhasiat untuk anda yang dipetik dari Wanista.

Bahan-bahan:
-5 biji buah kurma
-Susu kotak, susu segar atau susu tepung
-Ais
-Kismis (tambahan)
-Pisang (tambahan)

Cara membuat:
Biji buah kurma dibuang dan direndam ke dalam air panas untuk melembutkannya. Kemudian dikisar bersama air susu mengikut jumlah hidangan dan beberapa ketul ais. Kemudian, taburkan kismis/pisang supaya memberi rasa manis apabila mengunyah ketika minum.

Selamat mencuba!

[Sumber foto: maya-kitchenette]

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Top Post Ad

Below Post Ad