Resepi daging buku klasik!

Resepi daging buku klasik!

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Sedapnya daging buku klasik ini!


Selalunya kita hanya dengar resepi bebola daging, tetapi kali ini kita ubah selera dengan mempelajari resepi Daging Buku Klasik.

Apa yang pasti daging ini sangat besar dan boleh dihidangkan untuk 4 hingga 6 orang.

Resepi ini boleh dihidangkan dengan pelbagai cara antaranya untuk daging sandwich, dan boleh dimakan begitu sahaja bersama sayur salad atau pun bersama sos mengikut citarasa anda.

Jom belajar resepi mudah Daging Buku Klasik yang dipetik daripada Simply Recipes.

Bahan-bahan:
2 sudu besar mentega
1 cawan bawang yang dicincang
1 batang sayur saderi yang di cincang
1 batang lobak merah yang di cincang
½ cawan bawang besar yang dicincang
3 ulas bawang putih yang dicincang
½ sudu teh lada hitam
2 sudu the sos pedas
2/3 cawan sos tomato dibahagikan 1/3 dan 1/3
680gm daging segar yang dicincang
340gm sosej daging yang dicincang
1 cawan serbuk roti
2 biji telur yang telah dipukul
1/3 cawan daun pasli yang telah dicincang

Cara-cara:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 350 darjah selsius. 2. Cairkan mentega di kuali di atas api yang sederhana dan apabila mentega sudah mula berbuih masukkan bawang, lobak, saderi, bawang putih dan bawang besar yang telah dicincang ke dalam kuali dan masak selama 5 minit. Kemudian kacau kesemua bahan sehingga lobak menjadi lembut.
3. Taburkan garam dan lada hitam, masukkan sos pedas dan 1/3 sos tamato dahulu. Masakkan selama beberapa minit dan dibiarkan sejuk seketika.
4. Apabila bahan yang dimasak tadi telah sejuk, letakkan di dalam mangkuk besar bersama-sama daging, sosej, telur, serbuk roti dan daun pasli. Gaulkan semua sekali sehingga sebati kesemuanya.
5. Letakkan campuran bahan-bahan tadi di dalam bekas yang berbentuk buku dan tekankan campuran tadi sehingga padat. Tuangkan sos tomato selebihnya di atas daging.
6. Bakar selama satu jam dengan suhu yang dipanaskan tadi. Kemudian keluarkan daripada ketuhar dan biarkan selama 10 minit sebelum dihidangkan.

Mudah saja resepi ini. Selamat mencuba!

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Top Post Ad

Below Post Ad