Resepi sardin puff yang lazat
Cara mudah buat sardin puff yang lazat
Pasti ramai di antara anda yang suka makan sardin puff, ayam puff ataupun daging puff ketika minum petang atau pun pada waktu malam.
Bagi penggemar sardin puff, apa kata anda cuba buat sendiri sardin puff di rumah anda kerana ia mudah dan yang pasti anda boleh memakan sepuas-puasnya.Jom ikuti resipi mudah yang dipetik dari Mingguan Wanita.
Bahan-bahan :
4 keping puff pastry
1 tin sardin
1 labu bawang besar – dihiris
1 biji limau kasturi – ambil jusnya
2 batang cili merah – dihiris
Sedikit serbuk lada
Garam
Cara Membuat :
• Campurkan kesemua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
• Ambil sedikit inti kemudian letakkan di atas kepingan puff yang telah dipotong menjadi empat segi.
• Lipat dan tekan kemas menggunakan garfu
• Sapukan kuning telur yang telah dicampur dengan sedikit susu di atas puff tadi.
• Bakar pada suhu 180 s selama 20 minit atau sehingga puff bertukar menjadi kuning keemasan.
• Enak dinikmati ketika masih panas.
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!
[Sumber foto: mamasiti64]
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date