Resipi Paru Goreng Kunyit

Resipi mudah paru goreng kunyit

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Resipi mudah paru goreng kunyit

Apabila bercakap mengenai paru goreng kunyit, pastinya ramai yang terliur kerana keenakkannya. Paru goreng kunyit ini bukan sahaja menjadi kegemaran ketika bersarapan bersama nasi lemak, malah ia juga boleh dimakan tidak kira waktu dan masa.

Oleh itu, juadah paru goreng kunyit ini sentiasa menjadi pilihan, namun ada juga yang gemar makan tetapi tidak tahu memasaknya.

Tidak mengapa kerana kali ini kami akan berkongsi dengan anda semua resipi mudah memasak makanan kegemaran anda ini yang dipetik dari Mingguan Wanita.

Bahan-bahan:
1 kg paru – direbus & dipotong nipis
1 mangkuk kecil cili kisar
1 senduk kecil rempah kurma
1 senduk kecil rempah daging
2 labu bawang Holand - dibelah 4
2 tangkai cili merah - dibelah 2
2 tangkai cili hijau - dibelah 2
5 tangkai daun kari
1 sudu serbuk kunyit
1 mangkuk sos cili
Sedikit minyak

Cara Membuat:
• Ambil paru yang dipotong nipis, gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga garing dan ketepikan.
• Tumis cili kisar, rempah kurma, rempah daging, serbuk kunyit dan sos cili. Tambahkan sedikit air.
• Biarkan mendidih, masukkan garam dan gula secukup rasa.
• Masukkan paru, bawang Holand, cili merah, cili hijau dan daun kari.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

[Sumber foto: anissdairy]

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Top Post Ad

Below Post Ad