Resepi Baklava Puff!

Resepi Baklava Puff!

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Resepi minum petang Baklava Puff!

Bila bercakap mengenai puff, ramai yang menyangka ianya kuih tradisional karipap. Ya, tidak dinafikan ianya tidak mempunyai banyak perbezaan.

Luarnya diperbuat daripada tepung dan dalamnya tetap mempunyai inti mengikut citarasa anda.

Selalunya penggemar puff sering membelinya di kedai-kedai roti. Apa kata kali ini, kita cuba buat sendiri puff di rumah bersama ahli keluarga.

Jom cuba resepi mudah Baklava Puff yang dipetik daripada Resepi Citarasawan.

Bahan-bahan:
5 keping pastry puff

Bahan A – Campuran kekacang
130gram pistachios
200gram kacang walnut
200gram badam
1 sudu kecil serbuk kayu manis
Kisarkan kesemua bahan hingga halus ,kemudian bakar selama 10 minit.

Bahan B – Sirap kayu manis
½ buah lemon – sagat kulit dan ambil 2 sudu besar jusnya
100gram gula kastor
100gram madu
1 batang kulit kayu manis
100ml air
2 sudu kecil air mawar

Hiasan - 20gram pistachios yang dicincang

Cara menyediakan:
1. Satukan bahan A bersama parutan kulit lemon, serbuk kayu manis dan 2 sudu besar gula kastor, gaul sebati. Ketepikan. 


2. Masak bahan B kecuali air mawar hingga mendidih dan gula larut, tapis dan keluarkan kulit kayu manis. Sejukkan dan masukkan air mawar. Ketepikan.


3. Keluarkan pastry puff dari peti sejuk dan biarkan lembut. Potong pastry puff dengan pemotong   pizza atau pisau tajam kepada 16 potongan empat segi. 8 kepingan tanpa potongan dan 8 kepingan di potong silang X tetapi jangan sampai putus. Supaya pastry puff tidak melekat, jangan keluarkan plastik alasnya semasa memotong.


4. Letakkan kepingan yang dipotong silang ke atas kepingan tanpa potongan. Menggunakan hujung pisau, buka lipatan X ke 4 penjuru.
5. Sudukan 2 sudu kecil campuran kekacang di tengahnya. Setelah selesai, tekan bahagian tepi puff menggunakan garfu supaya tidak terbuka sewaktu di bakar.
6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 180 darjah selsius selama 15 hingga 20 minit atau sehingga keperangan. Pasang kipas ketuhar supaya puff masak sekata.
7. Keluarkan dari ketuhar dan curahkan sirap ke atas setiap kepingan baklava menggunakan sudu kecil.
8. Sejukkan baklava, taburkan pistachios cincang sebagai hiasan.

Memang sedap dan mudah. Jangan lupa untuk mencuba!

[Sumber Foto: Resepi Citarasawan]


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Top Post Ad

Below Post Ad