Ikan Siakap Masak Stim Asam Boi

Siakap Stim Asam Boi (**)

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Ikan Siakap Kukus Asam Boi (**)

Salam Jumaat.

Hari ni entry pasal makanan. Ini adalah hidangan peberet kami, Siakap Stim Asam Boi...Nak masak dia pun senang aje.

Main lebur-lebur ajer disamping cepat dimasak dan sedap dimakan ;) Masak sendiri ni lagi jimat sebenarnya.

Ikan siakap ni beli baru RM6 seekor.

Kalau makan kat kedai berapa harga ikan siakap stim seekor agaknya?

paling murah pun RM18-20. Jadi, baiklah masak sendiri...

Bahan-bahan :

  • ikan siakap
  • serai (ketuk)
  • halia (hiris halus)
  • daun limau
  • cili padi (1-2 bj)
  • asam boi
  • bawang besar (potong dadu)
  • nanas (potong dadu)
  • tomato (potong dadu)
  • cili merah/hijau (potong dadu)
  • daun bawang 


Cara Masak:
  • Masukkan air dalam pemanggang ajaib. Kuantiti agak-agak dengan saiz ikan.
  • Tabur segala bahan-bahan kecuali daun bawang diatas ikan. 
  • MamaAliya guna nanas dalam tin, so air nanas tu masukkan sikit. 
  • Masukkan garam, serbuk perasa, dan minyak bijan (2-3 titik)
  • Stim ikan selama 10 minit.
  • Bila ikan dah masak, taburkan daun bawang.


Picture Picture
Tada.....

Dah siap dan sedia untuk di 'ngap'. Kalau nak lebih masam, perah lemon atas ikan...

Selamat mencuba!



Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Top Post Ad

Below Post Ad