Resepi Kek gulung berjem (swiss roll)


Kek gulung berjem (swiss roll) snek sepanjang masa

Selalunya apabila kita pergi ke kedai bakeri pastinya kek gulung menjadi salah satu makanan yang akan kita beli.

Kek gulung ini terdapat macam-macam jenis dan perisa dan ia sangat sesuai untuk dijadikan snek ketika di waktu minum petang atau pada bila-bila masa sahaja.

Tetapi pernahkah anda terfikir untuk buat sendiri? Jika pernah dan anda tidak tahu bagaimana, jangan risau kerana kali ini kami akan berkongsi dengan anda resipi mudah untuk menghasilkan kek gulung berjem yang dipetik dari Rasa.

BAHAN-BAHAN:
• 50gm tepung serbaguna
• 13gm tepung jagung
• 65gm gula kastor
• 5 biji kuning telur
• 3 biji putih telur
• 1 sudu teh esen vanila
• ¼ sudu teh garam
• BAHAN INTI:
• Jem strawberi secukupnya


CARA PENYEDIAAN
1. Pukul kuning telur, esen vanila, garam dan gula kastor sehingga kembang.
2. Kemudian di dalam mangkuk berasingan, pukul putih telur sehingga menjadi meringue.
3. Masukkan tepung dan tepung jagung ke dalam adunan kuning telur. Sebatikan dan masukkan meringue tadi. Pukul sebati dan bakar pada suhu 180ºC selama 35 minit.
4. Sejukkan kek dan sapukan jem strawberi di atasnya dan gulung dengan kemas menggunakan kertas minyak.
Selamat mencuba & menjamu selera!

[Sumber foto: Rasa]

Top Post Ad

Below Post Ad