
Cara mudah menyediakan Puding Roti Pandan Layer menggunakan roti pandan viral. Sedap dan sesuai dimakan ketika sejuk.
Puding roti pandan viral
Baru-baru ini viral berkenaan roti pandan Gardenia. Ramai yang berebut-rebut mahu mendapatkannya kerana mahu merasa sendiri kesedapannya. Sememangnya roti pandan itu sedap dimakan begitu sahaja. Apatah lagi jika dibakar. Tetapi jika mahukan kelainan, boleh ubah roti pandan tersebut menjadi puding roti. Sajian ini pasti sedap dijadikan hidangan minum petang. Cara membuatnya sama seperti membuat manisan puding yang anda biasa buat.
CARA BUAT PUDING ROTI PANDAN LAYER
Jom cuba buat Puding Roti Pandan Layer yang sangat sedap perkongsian saudari Rozita Daud. Menggunakan Roti Pandan viral, memang sedap hasilnya. Lembut, lemak manis, memang enak dimakan sejuk. Sesuai sangatlah dimakan dikala cuaca panas ni. Bahan-bahannya pun sangat mudah. Jom lihat cara-cara pembuatannya.

BAHAN A:
7 keping roti pandan2 sudu makan tepung jagung
1 kotak kecil santan
1 biji telur Sedikit perasa pandan
Secubit garam
BAHAN B:
9gm agar-agar tali700ml air
3 senduk nasi gula pasir
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan A (kecuali roti): tepung jagung, santan, telur, garam dan pewarna hijau di dalam bekas. Sebatikan dan pastikan tiada ketulan tepung. Biarkan seketika.
2. Roti pandan dipotong bahagian tepinya. Namun jangan dibuang. Kisar bahagian kerak roti menggunakan blender kering untuk dijadikan hiasan atas puding.

3. Dalam periuk berlainan, masak agar-agar tali bersama air dan juga gula. Masak hingga gula larut.

4. Masukkan campuran bahan A tadi. Masak guna api perlahan sampai adunan berkilat. Harus diingat, adunan perlu dikacau dengan kerap supaya puding tidak menjadi berketul.
5. Ambil loyang bersesuaian, tuang separuh adunan puding tadi atau dengan secukupnya.
6. Letak kepingan roti diatas puding kemudian tuang lebihan puding tadi hingga menutupi roti.

7. Tabur serbuk roti yang dikisar dengan rata dan sejukkan puding terlebih dahulu sebelum dinikmati.

8. Potong dan sedia untuk dimakan.

SOURCE: Rozita Daud
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags