6 Ais krim tempatan yang anda patut cuba
6 Ais krim tempatan yang anda patut cuba
Siapa yang tidak sukakan ais krim?
Selalunya ais krim dari jenama-jenama besar sering menjadi pilihan kerana rasanya yang sedap. Antaranya Haagen-Dazs dan Baskin Robbins. Tetapi, jika anda perasan, jenis dan perisanya semua sama dan tidak ada kepelbagaian.Pernahkah anda merasai ais krim berperisa nasi lemak? Jangan terkejut kerana ini masanya untuk tukar selera anda. Anda pasti akan berpuas hati dengan rasanya yang unik daripada jenama tempatan kita.
The Last Polka
The Last Polka menggabungkan air krim berkrim stail dari France dengan perisa kegemaran Asia. Antara perisa yang dijual adalah perisa Horlicks, The Tarik, Gula Melaka dan Pandan Kaya. Ada juga perisa klasik antaranya Nutella, Strawberry Cheese Cream, Vanilla Bean, Deep Dark Chocolate dan banyak lagi. Lawati Facebook mereka untuk mengetahui dimana anda boleh mendapatkan ais krim mereka :
https://www.facebook.com/thelastpolka/app_203351739677351
Forty Licks
Forty Licks sangat mementingkan kualiti dan memastikan kepuasan yang tidak terhingga dengan mengeluarkan ais krim buatan tempatan yang berkrim, lembut dan sedap. Setiap perisa dihasilkan dalam jumlah yang kecil bagi memastikan kualiti dan menggunakan bahan-bahan terbaik tanpa pengawet. Antara perisa yang ditawarkan adalah Salted Caramel, Pistachio, Earl Grey, Thai Tea, Green Tea dan banyak lagi. Memandangkan Forty Licks menjalankan bisnes di rumah, anda boleh membeli sendiri melalui email:
tat@fortylicksicecream.com
Fatbaby
Dibuat untuk mereka yang sukakan ais krim. Mementingkan kualiti dan pembuatannya. Antara perisa ais krim yang mereka hasilkan adalah Salted Caramel, Coconut Candy dan Coffee Crunch. Manakala pilihan premium adalah Chocolate, Apple Crumble, Cornflakes dan banyak lagi. Pasti anda akan berpuas hati degan rasa dan teksturnya. Dapatkan ais krim anda dan ketehaui di mana anda boleh mendapatkannya melalui link yang tertera:
http://www.fatbabyicecream.com/get-your-fatbaby-here/
Nurul’s Homemade Ice Cream
Menjanjikan ais krim yang sedap, berkrim dan segar untuk peminat,-peminat ais krim, impian Nurul’s Homemade Ice Cream semasa kecil tercapai. Nurul Hidayah Arshad menghasilkan perniagaan ais krim ini bersama suaminya. Menawarkan dua gred jenis ais krim iaitu Super Premium dan Simple Scoop. Antara perisa ais krim Nurul adalah Choc Chunky Funky, Salted Caramel, Cookies n’ Cream, dan banyak lagi. Nurul’s Homemade Ice Cream juga menyediakan perkhidmatan katering untuk semua majlis. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati laman web berikut:
http://nurulshomemadeicecream.blogspot.com/
Fru-t-pop
Fru-t-pop adalah ais krim yang sesuai untuk mereka yang sukakan buah-buahan. Jadi ais krim mereka ini 100 peratus dibuat daripada buah-buahan dan sayuran dan tidak ditambah gula, air, pewarna dan perasa tambahan. Perisanya pula pastinya buah-buahan tempatan termasuklah buah naga, kelapa dan durian belanda. Tambahan pula, fibre semula jadi dari buah-buahan juga bagus untuk pesakit diabetis. Lawati laman web mereka untuk mengetaui lebih lanjut : http://www.frutpop.com/Frutpop/Welcome.html
Cielo Dolci
Pernahkah anda dengar ais krim perisa Nasi Lemak dan Chocolate Cili padi? Janga terkejut. Cielo Dolci merupakan pengeluar ais krim tersebut dan yang paling menarik sekali ais krim Nasi Lemak antara yang paling laris dan cepat habis. Uniknya Cielo Dolci adalah kerana setiap kali perayaan mereka akan memperkenalkan ais krim baru mengikut perayaan tersebut. Anda boleh dapatkan ais krim yang unik ini di Paradigm Mall dan Publika Shopping Gallery. Lawati Facebook mereka Untuk mengetahui sama ada ais krim Nasi Lemak masih lagi ada atau tidak:
https://www.facebook.com/cielod
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date