Biskut 'Red Velvet' coklat chip putih
Biskut red velvet kini mendapat permintaan ramai.Oleh kerana cara pembuatannya yang mudah dan tidak menelan belanja yang besar, ramai yang menjadikan biskut ini sebagai sumber rezeki.
Warnanya yang cantik juga menjadikannya pilihan ramai untuk cenderahati. Jadi tidak hairanlah jika ramai yang menjadikannya buah tangan untuk tetamu pada majlis perkahwinan.Jom kita cuba resepi biskut Red Velvet coklat chip yang dipetik dari Cookingclassy.com.
Bahan-bahan:
300gm tepung gandum
20gm serbuk koko
50gm tepung jagung
¾ sudu kecil baking soda
¼ sudu the garam halus
200gm mentega
30gm lemak sayuran (shortening)
220gm gula pasir
1 biji telur gred A
1 sudu kecil cuka makan
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil pewarna merah
1 biji telur gred A
100 gram coklat chip putih
Cara-cara:
1. Panaskan ketuhar dahulu pada suhu 150C.
2. Pukul mentega, lemak sayur dan gula sehingga berkrim. Masukkan telur, esen vanilla, cuka dan pewarna. Putar sehingga rata dan sebati.
3. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking soda dan garam. Masukkan coklat chip dan gaul bersama adunan sehingga menjadi doh lembut.
4. Bentukkan adunan anda mengikut kreativiti dan hiaskan dengan coklat chip. Jarakkan adunan kerana biskut akan mengembang.
5. Bakar selama 15 sehingga 20 minit dan sejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam bekas.
Selamat mencuba dan jangan lupa hadiahkan kepada yang tersayang!
[Sumber Foto: cheapisthenewclassy.com]
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags