Resepi Kuih Apam Beras, Apam Nasi

Apam Beras/ Apam Nasi

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Apam Beras/ Apam Nasi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kuih apam yg menjadi kegemaran kami sekeluarga.

Kalau seminggu tu tak makan apam ni, mmng tak sah di buatnya....rasa ada yg tak kena je..he3... Bukannya apa, dah mmng saya ni peminat kuih2 mcm ni...tu yg rasa lain je kalau tak makan kuih apam kegemaran ni.

Terima kasih pd penyumbang resepi asal, apam nasi ni mmng di gemari ramai. Kalau yg belum pernah buat tu, cubalah...mmng berbaloi.

Apam ni boleh di makan begitu saja ataupun dngn kelapa.



Bahan-bahannya.
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 1/2cwn gula pasir
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Top Post Ad

Below Post Ad