Minuman Nescafe Punch Float yang menyegarkan!


Nescafe Punch Float yang menyegarkan!

Selalunya menu minuman anda dirumah hanyalah air teh, kopi ataupun sirap, apa kata anda tukar selera dengan mencuba resepi mudah minuman yang pasti akan menyegarkan tekak anda.

Bahan-bahan minuman ini juga mudah didapati dan mudah untuk dilakukan, jadi tidak susah jika sekali-sekala anda ubah minuman anda.

Jom ikuti resepi Nescafe punch float yang dipetik daripada Saji Online.

Bahan-bahan:
1 sudu besar Nescafe
2 sudu besar sirap gula Melaka
¾ cawan ais
½ cawan 7up sejuk
½ cawan cola sejuk
1 sudu besar aiskrim

Cara menyediakan:
1. Larutkan Nescafe ke dalam air panas dan kacau.
2. Campurkan sirap gula melaka, air 7up dan cola. Kacau lagi.
3. Tuangkan ke dalam gelas panjang.
4. Masukkan ais. Akhir sekali, letakkan aiskrim di atasnya.

Mudah sahaja. Selamat mencuba!

[Sumber Foto: mStar]


Top Post Ad

Below Post Ad