Resepi kentang spiral bakar yang teramat lazat!


Resepi kentang spiral bakar yang lazat!

Selalunya kita dapat lihat menu ini di pasar malam dan mula mendapat tempat sejak tahun lalu.


Jika anda perasan kentang yang dijual di pasar malam akan di cucuk pada lidi panjang dan dituang sos yang terpilih.

Mudah sahaja resepi ini dan anda boleh gantikan minum petang yang sering anda hidangkan untuk keluarga anda.

Jom cuba resepi mudah yang dipetik daripada Resepi Citarasawan.

Bahan-bahan:
4 biji ubi kentang – cuci hingga bersih dan dibiarkan kulitnya
1 sudu besar mentega cair
½ sudu kecil garam halus
Parutan keju cheddar – mengikut citarasa anda

Bahan B – Gaul bersama untuk sapuan
2-3 sudu besar mentega cair
1 sudu kecil bawang putih cincang
2-3 sudu besar campuran daun pasli, daun bawang yang dicincang

Cara-cara:
1. Letak ubi kentang di antara 2 batang kayu penyepit makanan, dan potong nipis 1/8 inci tebal. Penyepit makanan akan mengelakkan ubi kentang dari terputus sewaktu memotongnya.
2. Alas dulang pembakar dengan kertas aluminium. Susun ubi kentang dan sapu sedikit dengan mentega cair di seluruh permukaan kentang dan tabur secubit garam.
3. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah selsius dan bakar selama 40-50 minit sehingga ubi kentang lembut dan warnanya keperangan.
4. Keluarkan dari ketuhar dan sapu bahan B hingga rasa di permukaannya. Masukkan parutan keju di celah-celah hirisan kentang.
5. Bakar semula selama 5 minit sehingga keju cair.
6. Hidang bersama sos krim masam.

Sos krim masam (sour cream)
½ cawan krim masam
1 sudu besar bawang putih kisar
Daun pasli yang dicincang
Gaul hingga rata dan letak di atas ubi kentang, tabur sedikit daun pasli atau daun bawang sebagai hiasan.

Mudah sahaja. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

[Sumber Foto: Kalamazoo Gourmet]


Tags

Top Post Ad

Below Post Ad