Resepi Ayam Daun Pandan


Cara buat Ayam Pandan

Ramai anda di luar sana yang suka akan ayam pandan bukan? Namun ramai yang tidak tahu membuatnya, dan jika mahu menikmati hidangan ini pasti anda kena membelinya di luar.

Keunikan rasa ayam dan persembahan sajian ini pastinya membuatkan ramai yang ingin mencuba! Paling penting, lauk ini tidak akan sesekali menghampakan anda. Memang sedap, memang lazat, memang sempurna!

Oleh itu, kali ini kami ingin berkongsi dengan pembaca-pembaca resipi istimewa ini yang perlu anda cuba.

Bahan-bahannya:
500 gm ayam - dihiris kecil-kecil
30 helai daun pandan yang besar

Bahan-bahan untuk diperap:
20 gm bawang putih - ditumbuk
6 batang akar daun ketumbar
1 sudu besar serbuk lada putih
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
1 sudu besar serbuk kari Thai
1 sudu makan kicap pekat

Cara membuatnya:
• Akar daun ketumbar dicincang halus kemudian campur dengan bahan-bahan untuk perapan. Perap ayam dengan bahan-bahan ini selama tiga jam.
• Kemudian bungkus ayam yang telah diperap dengan daun pandan satu per satu.
• Setelah dibungkus, kukus selama 10 minit dan kemudian goreng. Hidangkan ketika masih panas.

Selamat mencuba!


Top Post Ad

Below Post Ad