Resepi Jejari ayam bijan kegemaran ramai!


Resepi Jejari ayam bijan kegemaran ramai!

Jejari ayam! Siapa yang tidak gemarkan jejari ayam? Lebih-lebih lagi jika anda membuat sendirinya di rumah dengan menggunakan rempah mengikut citarasa anda.

Resepi untuk minum petang ini sangat sesuai untuk semua peringkat usia, lebih-lebih lagi kanak-kanak.

Bahan utama yang melazatkan resepi jejari ayam kali ini ialah serbuk roti yang rangup bersama biji bijan!

Jom cuba resepi mudah ini yang dipetik daripada Simply Recipes.

Bahan-bahan:
600gram isi ayam
½ cawan mentega
1 sudu besar jem oren
1 sudu kecik kicap soya
1 ¼ cawan serbuk roti
¼ cawan biji bijan
1 sudu besar minyak zaiton
½ sudu kecik garam

Cara menyediakan:
1. Campurkan bahan-bahan untuk memerap ayam, mentega, jem oren dan kicap soya ke dalam mangkuk. Masukkan isi ayam untuk diperap dan ditutup dengan plastik untuk diletakkan ke dalam peti sejuk selama 30 hingga satu jam.


2. Semasa menunggu ayam untuk diperap, masak serbuk roti di atas kuali panas tanpa minyak sehingga keemasan. Jika serdak roti bertukar keemasan, masukkan biji bijan dan masak lagi campuran tersebut . Kemudian padamkan api dan masukkan minyak zaiton dan garam sehingga sebati.


3. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah selsius. Celupkan isi ayam yang telah diperam ke dalam campuran serdak roti tadi dan letakkan di atas loyang.


4. Bakar ayam selama 15 minit dan apabila sudah masak, biarkan selama 5 minit sebelum dihidangkan.
Lazat dan mudah. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

[Sumber Foto: Recipesss]

Tags

Top Post Ad

Below Post Ad