Nikmati secawan kopi bersama 'blondies'!
Siapa di kalangan anda yang gemarkan brownies? Sedap bukan?
Namun ada daripada anda yang kurang gemarkan juadah pencuci mulut ini kerana rasanya yang kadang-kala terlampau manis.![]() |
Blondies berperisa coklat putih & kacang Macadamia. |
Nikmatinya dengan secawan kopi, pasti hari anda lebih ceria daripada biasa.
Cubalah!
Bahan-bahan:
1 - ½ cawan gula perang
½ cawan mentega cair
2 biji telur (pukul sedikit)
1 sudu kecil ekstrak vanila
1 – ½ cawan tepung gandum
½ sudu kecil 'baking powder'
½ sudu kecil garam
1 cawan semisweet coklat cip
Cara menyediakannya:
1. Campurkan gula perang, mentega cair, telur, ekstrak vanila sehingga sebati dan kacau menggunakan 'hand whisk'.
2. Selepas itu, masukkan tepung, 'baking powder' dan garam dan gaulkan sehingga sebati.
3. Kemudian, masukkan pula coklat cip dan satukan adunan tersebut.
4. Letakkan adunan ke dalam loyang bersaiz 9x13" atau pun 10x10" mengikut citarasa anda.
5. Bakar di dalam oven pada suhu sekitar 175 darjah celcius dan biarkan dalam 18 hingga 20 minit.
![]() |
Potong segi empat sama, agar kelihatan lebih menarik & tersusun. |
7. Inginkan kelainan ketika menjamu para tetamu, hidangkan bersama ais krim berperisa vanilla.
[Kredit Foto: Foodsnots.com] |
Selamat mencuba!
[Kredit resipi: Intai Dapur]