Cara mudah masak tempura
Anda pastinya menggemari masakan tempura. Tidak kiralah tempura makanan laut atau pun sayuran. Anda pasti pernah cuba membuatnya, namun ia tidak menjadi seperti yang anda makan di restoran.
Tempura yang dihasilkan menjadi lembik dan kulit tepungnya tertanggal. Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi beberapa petua berguna yang diambil dari sebuah portal gaya hidup tempatan untuk panduan anda.
Sama ada makanan laut ataupun sayuran, ia mestilah dipotong sama besar dan dilap kering dengan kertas tisu. Jika tidak lebihan, kelembapan pada makanan laut atau sayuran tadi akan menjejaskan adunan tepung.
Jangan bancuh adunan tepung untuk digoreng terlalu banyak sekali gus. Bancuh sedikit-sedikit untuk kegunaan. Pastikan adunan tepung sentiasa dingin supaya gorengan rangup, garing dan tidak terlerai. Air sejuk lebih sesuai dijadikan tepung gorengan.
Tempura lebih elok dimakan segera semasa masih panas. Lebihan tepung yang ada di dalam minyak panas mestilah dikaup dan dibuang supaya minyak bersih dan tidak hitam.
Pastikan juga minyak tidak telalu panas dan gorengan jangan melebihi satu minit.
Selamat mencuba!