Resepi makaroni brokoli keju yang menyelerakan!


Jom buat makaroni brokoli keju yang menyelerakan!

Siapa yang menggemari keju, anda patut cuba resepi ini kerana tidak ada apa yang lebih menyelerakan melainkan campuran makaroni bersama keju lazat.


Jika anda membelinya di luar, pasti ada saja yang tidak menepati selera anda.

Jadi, apa kata anda cuba resepi yang dipetik daripada Simply Recipes, dan anda boleh letak sebanyak mana keju yang anda inginkan.

Bahan-bahan:
1 biji brokoli
Garam
2 cawan macaroni kering
4 sudu besar mentega
3 sudu besar tepung gandum
3 cawan susu
½ sudu kecil sawi kering
1/8 sudu kecil buah pala
1 ½ sudu kecil lada hitam
¼ sudu kecil paprika
2 cawan keju cheddar yang dibahagi 1 ½ cawan dan ½ cawan
½ cawan keju parmesan

Cara menyediakan:
1. Panaskan 4 liter air bersama 2 sudu besar garam dalam satu periuk besar untuk pasta. Apabila air mendidih, masukkan macaroni dan biarkan seketika selama 2 minit.
2. Sementara menunggu pasta mendidih, rebus brokoli dan tambahkan sedikit garam dan biarkan selama 4 minit.
3. Kemudian panaskan susu. Selepas itu panaskan mangkuk ketuhar pada suhu 260 darjah selsius.
4. Cairkan 4 sudu besar mentega dengan suhu sederhana. Apabila mentega sudah cair, masukkan tepung gandum dan masakkan selama 1 hingga 2 minit.


5. Kemudian masukkan susu panas tadi dan kacau sebati. Rendahkan suhu paling kecil dan biarkan ia masak seketika.


6. Masukkan sawi, buah pala, paprika, lada hitam dan satu sudu kecil garam.


7. Taburkan 1 ½ cawan keju cheddar dan ½ cawan keju parmesan dan kacau sehingga keju cair.


8. Masukkan brokolo dan pasta dan kacau hingga sebati. Kemudian taburkan lagi ½ cawan keju cheddar di atas campuran tadi dan biarkan selama 5 hingga 7 minit sehinga warnanya keemasan.

Sedapnya. Selamat mencuba!

[Sumber Foto: Community Table]



Top Post Ad

Below Post Ad