Cara Buat Dalgona Candy Macam Dalam ‘Squid Game’

Picture
‘Dalgona Candy’ serikan Aidilfitri tahun hadapan

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Dalgona Candy mungkin dijadikan sebagai biskut raya pada Aidilfitri tahun 2022.


Populariti dikecapi drama bersiri popular Korea Selatan, ‘Squid Game’ ternyata memberi impak kepada rakyat Malaysia apabila rata-rata netizen mahu menjadikan ‘Dalgona Candy’ sebagai hidangan kuih raya pada tahun hadapan.

Lebih menarik, ada orang ramai mahu kanak-kanak yang bertandang ke rumah untuk menyelesaikan dahulu permainan Dalgona Candy seperti di dalam siri Squid Game sebelum mendapat duih raya.

Idea berkenaan dicetuskan oleh seorang pengguna Twitter @parajamaludin yang mahu menjadikan gula-gula tradisional Korea Selatan sebagai kuih raya selain turut mendapat reaksi positif pengguna laman media sosial itu.

“Kuih raya tahun hadapan, siapa dapat keluarkan bentuk yang sempurna, baru boleh dapat duit raya.

“Jika pecah atau patah, sila terus ke dapur untuk basuh pinggan,” ciapnya.


Dalam pada itu, ramai pengguna Twitter menyambut baik idea berkenaan dan mahu mengaplikasikan permainan Dalgona Candy pada sambutan Aidilfitri tahun depan. “Idea yang bagus, lepas itu tidak perlu pakai corak ini (corak mudah), pakai corak kuih raya yang susah,” seloroh @ain_syamira.

Picture
Dalgona Candy mungkin dijadikan sebagai biskut raya pada Aidilfitri tahun depan.

“Idea yang bagus untuk kenakan adik aku yang tiga orang itu,” ujar @Nad_Yahoo93.

“Cukup 10 rumah, kencing manis semua tetamu,” kata @Iphonesellerterpaling

Dalgona Candy terus menjadi popular dalam kalangan rakyat Malaysia apabila gula-gula itu diselitkan di dalam siri Squid Game dengan memaparkan peserta perlu memotong bentuk ditetapkan tanpa memecahkannya.

Bahan menghasilkan gula-gula itu juga mudah iaitu hanya menggunakan gula pasir dan soda bikarbonat sahaja.


Mesti ramai dah tengok siri TV terbaru ‘Squid Game’ yang sedang tular sekarang ini kan? Ada satu babak dalam siri ini yang menggunakan Dalgona Candy dalam game yang kedua.

Dalgona Candy merupakan sejenis gula-gula yang berasal dariKorea Selatan. Rasanya juga boleh tahan sedap! Cara membuatnya juga amat mudah. Ada yang nak cuba buat tak? Jom lihat cara-caranya di bawah.

Cara Buat Dalgona Candy

Bahan-bahan:

  • 1.5 sudu makan gula
  • Secubit baking soda

Cara-cara:

1. Ambil senduk besar. Masukkan gula dan kacau atas api guna chopstick.

dalgona candy

2. Bila dah mula cair, tutupkan api. Letakkan baking soda dan kacau laju-laju.

3. Kacau sehingga baking soda larut sepenuhnya dan bertukar fluffy serta warna karamel muda.

4. Tuangkan ke atas baking paper menggunakan rubber spatula. Biarkan sejuk seketika selama 15 saat.

dalgona candy

5. Ambil pinggan atau apa-apa yang sesuai untul tekap supaya nipis sikit.

6. Tekap dengan acuan bentuk pilihan masing-masing.

dalgona candy

Sumber: Korea Bapsang



SOURCE: Myresipi

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad