Resipi bakso bakar pedas

Resipi bakso bakar pedas

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Makanan yang sinonim dengan masyarakat Indonesia iaitu bakso turut menjadi popular di kalangan warga tempatan apabila makanan itu mula dijual di sekitar gerai dan restoran beberapa tahun yang lalu.

Bakso atau juga dikenali sebagai baso merupakan bebola daging yang diperbuat daripada campuran tepung ubi kayu dan daging kisar seperti lembu, ayam, ikan atau pun udang.

Kebiasaannya bakso disajikan bersama bihun atau mee sup serta menjadi pelengkap makanan lain seperti mi goreng, nasi goreng dan sebagainya.

Picture
Bakso kebiasaanya dimakan bersama bihun atau mi sup untuk memberi rasa yang lebih lazat.

Namun juadah bakso bakar pedas jarang sekali ditemui di sini dan menurut Vemale.com, hidangan ini merupakan makanan yang popular di Kota Malang, Indonesia yang berlokasi di kawasan Jawa Timur.

Dengan sedikit kerajinan dan usaha, anda mampu merasa hidangan ringkas ini dengan hanya mengikuti resipi lengkap di bawah:

Bahan-bahan: 
18 ketul bakso daging lembu (rebus sebentar)
6 sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa
Lidi sate

Bahan sos pedas: 
125g kacang tanah (goreng)
3 biji cili merah (goreng)
2 ulas bawang putih (goreng)
2 senduk gula merah 100ml air suam

Cara membuatnya: 
1. Gaulkan bakso dengan kicap manis, lalu dicucukkan dengan lidi sate.
2. Selepas itu, bakar bakso di atas bara api sehingga harum dan berwarna perang.


3. Untuk sos pedas, kisar kacang tanah, cili merah, bawang putih, garam, gula dan gula merah. Kemudian tambahkan air suam dan adun sehingga rata.
4. Apabila sos sudah masak, sajikan bersama bakso bakar dengan sos pedas tersebut.



Selamat mencuba!

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Top Post Ad

Below Post Ad