Resepi Cakoi Mudah

Cakoi Mudah

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Layan jer.. Assalamualaikum wbt Salam Sejahtera


Bahan-bahan:


1 kg Tepung Gandum
1 cawan Gula
2 sudu besar Garam Halus
2 sudu teh ibu roti (mauripan/instant yeast)
2 sudu besar lemak sayur / marjerin (dicairkan)
2 sudu besar susu tepung @ (susu pekat Manis kurangkan gula 2 sudu besar)
1 sudu teh bread improver (untuk melembutkan doh)
700 ml air

Cara-cara Penyediaan:


1. Sediakan satu bekas besar
2. Masukkan separuh dulu air ke dalam bekas
3. Masukkan gula, garam, susu, ibu roti, bread improver, kacau supaya sebati
4. Masukkan lemak sayur yang dicairkan di atas suhu panas
5. Kemudian masukkan tepung dan baki air tadi
6. Gaul sehingga sebati
7. Perapkan selama 1 jam / sehingga naik 2 kali ganda
8. Selepas naik bolehlah dicanai panjang di atas meja yang ditabur tepung
9. Potong memanjang selebar 2 jari, tekan di bahagian tengah doh dengan sebatang chopstick yang dicelup terlebih dahulu ke dalam air.


kemudian angkat dan digoreng di dalam minyak yang panas, goreng sehingga kekuningan, angkat toskan minyak
10. Siap dihidang, cakoi sedap di makan begitu sahaja atau bersama gulai kari (ikan/ayam/daging), kopi O, kaya / jem, ice cream, kuah kacang atau kuah sate.

* Satu kilo tepung boleh dapat 80 hingga 90 biji


Semalam ABM ade buat cakoi.
Mudah nak buat.
Barang2 pon mmg dah tersedia ada kat dapur.
Sbb haritu ade nampak kawan ABM yg blaja kat jepun ni
post dy buat cakoi.
Terliur pulak.
So, smalam ABm buatlah menu ni.
Tapi bentuk cakoi yg ABM buat ni sangatlah pelik.
Hahaha. Takpelah, asal boleh makan.



Resepi ABM ambil dari MyResipi
Thanks for the resepi eh.
Memang mudah.
Yang penting ianya sedap.
So, sesape yg nak buat tu, boleh la jenguk resepi 
kat bawah.
ABM separuhkan adunan kat bawah ni dapat 
lebih kurang 8 ketul camtu.



BAHAN BAHAN
(15-20 ketul)

400g tepung gandum
1 cawan air
1 sudu besar majerin
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat/susu tepung
 1 biji kuning telur - tak letak pon boleh
2 sudu kecil yis
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
minyak untuk menggoreng



CARA CARA

1. Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk kecuali tepung dan minyak. Kacau sebati.
2. Masukkan tepung sikit demi sikit sambil uli. Jika dah tuang semua tepung masih lagi lembik adunan tersebut, boleh la tambah2 sikit tepung sampai menjadi doh. Alter2 lah sikit ye.
3. Uli sehingga doh tak melekat pada mangkuk. Rehatkan selama 30 minit untuk naikkan sikit doh tersebut.


Penyediaan
Ambil doh tadi dan buat step seperti di bawah untuk dijadikan cakoi :

1. Canai doh memanjang bentuk segi empat tepat. 
2. Potong doh lebih kurang 1-1.5 inci.
3. Cantumkan dua doh yg dipotong tadi,
4. Ambil lidi dan tekan sikit bahagian yg dicantum tu untuk menampakkan lagi seperti cakoi. Pastikan lidi dicelup air sebelum berbuat sedemikian.
5. Sediakan minyak untuk menggoreng. Bila dah panas, ambil doh cakoi tadi. Sebelum dimasukkan kedalam kuali, tarik doh tadi memanjang. Gunakan api yg kecil sikit ye. Takut dalam tak masak pulak. Buat sehingga habis.
6. Boleh dicicah dengan sos kegemaran.

ENJOY!


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Top Post Ad

Below Post Ad