Berbuka puasa dengan menikmati Resepi Rendang Sotong!


Berbuka puasa dengan menikmati Rendang Sotong!

Bagi suri rumah pastinya menyediakan juadah berbuka puasa kadang-kala boleh memeningkan kepala kerana tidak tahu apa yang hendak dimasak. Jalan mudah untuk mengatasi masalah ini selalunya adalah membeli makanan di bazar Ramadhan lah setiap hari.

Namun kalau setiap hari beli makanan di luar pun bosan juga. Jadi apa kata anda cuba resipi Rendang Sotong Berlada yang mudah ini yang pastinya lazat!

Oleh itu, jom ikuti resipi mudah dan ringkas ini yang dipetik dari Mingguan Wanita.

Bahan-bahan :
1 kg sotong – dipotong kecil
150 gm cili padi
10 gm serbuk lada hitam
15 gm jintan halus
15 gm jintan kasar
20 gm bawang putih
100 gm bawang kecil
2 batang serai
20 gm lada merah
20 gm lada hijau
1 labu bawang besar - dimayang
1 biji tomato
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Sedikit minyak

Cara-cara membuat :
• Kisar cili padi, bawang putih, bawang kecil, jintan halus, jintan kasar, serta serai.
• Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar bersama serbuk lada hitam.
• Setelah naik bau, masukkan garam, gula serta bawang besar yang telah dimayang.
• Masukkan juga sotong, lada merah dan hijau serta tomato.
• Kacau sehingga rata dan siap untuk dinikmati.

Selamat menjalani ibadah berpuasa!

[Sumber foto: mingguanwanita.karangkraf.com]


Top Post Ad

Below Post Ad