Resepi Lemang Tradisional Sedap Enak Asli

Resepi Lemang Tradisional Sedap Asli

Lemang adalah antara makanan atau juadah tradisional paling popular bila tiba hari raya. Resepi lemang sedap lagi asli sering dicari di bulan Ramadhan untuk disediakan semasa hari raya. Untuk resepi lemang tradisional yang sedap, bahan-bahannya mestilah berada di dalam sukatan yang betul, dan teknik api masak lemak mesti cekap.

Resepi lemang tradisional sedap lagi asli adalah terdiri dari santan kelapa, beras pulut dan juga sedikit garam. Kombinasi tiga bahan utama ini perlu dalam sukatan yang betul supaya dapat hasilkan juadah tradisional hari raya ini yang sedap dan menyelerakan.

Ramai kata untuk mendapatkan lemang yang sedap, perlu dapatkan beras pulut dari Thailand, tetapi sebenarnya beras pulut tempatan pun sudah boleh hasilkan lemang yang sedap. Ada setengah kata, untuk hasilkan lemang yang sedap, mestilah gunakan banyak santan agar ia lemak.

Tetapi bagi saya, lemang asli yang sedap perlulah lembut, tidak berkerak dan tidak terlalu lemak.

Sejarah Lemang

Di Malaysia ia adalah makanan tradisional yang popular sejak tahun 1864. Dan menurut catatan, ia juga merupakan kegemaran bagi penduduk asli dari suku Negrito dan suku Semai. Dipercayai cara memasak lemang adalah berasal daripada cara memasak nasi oleh orang asli.

Resepi Lemang Tradisional Sedap Asli

Lemang dimasak menggunakan ruas buluh dan isi beras pulut dilapik menggunakan daun pisang. Untuk memasak lemang, basuh beras pulut dan kemudian toskan. Dalam ruas buluh lemang, lapikkan bahagian dalam buluh dengan gulungan daun pisang. Setelah itu, masukkan beras pulut yang telah ditos dengan sempurna sehingga hampir penuh ruas buluh. Tinggalkan ruang dalam dua inci, jangan terlalu penuh. Kemudian, masukkan santan yang telah digaul dengan garam secukup rasa. Masukkan santan itu sehingga ke paras atas.

Ruas buluh yang telah dimasukkan bahan-bahan tadi kemudian diletakkan separa condong ke arah, ia mestilah dimasak dengan api yang sederhana kuat. Bagi memastikan lemang dimasak dengan betul, sekata dan tidak berkerak, buluh lemang perlu dipusing-pusingkan atau dibalik-balikan setiap 15 minit. Dalam 5 minit pertama, saya nasihatkan anda lihat lemang anda, jika nampak seolah agak kering, tuangkan sedikit santan.

Masa untuk membakar lemang selalunya mengambil masa selama sejam sehingga sejam setengah. Ia bergantung dengan saiz batang buluh lemang. Jika besar, maka bakar lemang tersebut lebih lama sedikit.

Untuk mengetahui samada lemang dah masak dengan baik, cucuk hujung lemang dengan lidi kelapa yang bersih. Seandainya ada tanda melekit dan bukan basah, lemang sudah dikira sudah masak. Semasa membakar lemang, pastikan juga anda ketuk-ketuk sedikit batang atau ruas buluh itu.

Tips Hasilkan Lemang Sedap 

Tips paling penting untuk hasilkan lemang yang sedap ialah kekuatan api. Anda perlu jaga api yang bakar lemang supaya tidak terlalu kuat - untuk elakkan ia berkerak atau hangus, dan api tidak terlalu perlahan untuk elakkan ia tak masak di dalam.

Santan pula mestilah mencukupi, untuk 1 kg beras pulut yang digunakan, disarankan untuk guna santan dari sebanyak 3 biji kelapa.

Semoga perkongsian ini dapat bantu anda hasilkan lemang tradisional yang sedap lagi asli, in Sha Allah.

Terima kasih kerana membaca blog post Resepi Lemang Tradisional Sedap Asli ini. Kongsikan dengan rakan yang lain, dan ucapkan Alhamdulillah.
Tags

Top Post Ad

Below Post Ad