Resepi Mufin Nutella!


Bersantai minum petang dengan mufin Nutella

Khas buat suri rumah di luar sana yang gemar menyediakan minuman petang buat anak-anak di kala duduk bersantai di rumah, apa kata kali ini anda sediakan mufin buat mereka.

Sekali imbas mengenai asal usul mufin ini, ianya merupakan suatu bentuk roti yang dihasilkan daripada tepung yis yang sering dimakan ketika sarapan pagi di Amerika Utara dan Australia.

Selain itu, mufin juga sangat terkenal sebagai hidangan minum petang di sekitar negara England dan kebiasaannya dimakan dengan cara dipisahkan, dibakar, dimentegakan dan kemudian dimakan dengan suatu inti yang tidak manis atau manis seperti madu.

Namun, bagi mereka yang lebih sukakan sesuatu yang ringkas dan mudah, apa kata anda cuba sahaja resipi mufin Nutella ini!



Bahan-bahan: 
1 cawan Nutella
2 biji telur
10 sudu besar tepung gandum atau tepung naik sendiri (diayak)
*Jika menggunakan tepung gandum, campurkan bersama ¼ sudu serbuk penaik dan ayak.

Cara menyediakannya: 
1. Pertama sekali, anda perlu memanaskan oven pada suhu sebanyak 180 darjah celcius.
2. Kemudian, masukkan kesemua bahan tadi di dalam mangkuk besar dan kacaukan sehingga sebati.
3. Selepas itu, dengan menggunakan sudu asingkan ¾ adunan dan letakkan ke dalam acuan mufin.


4. Letakkan satu sudu kecil Nutella di tengah acuan jika inginkan lebih rasa coklat.
5. Bakar di dalam oven selama lebih kurang 20 minit.



Gunakan lidi untuk memastikan mufin dimasak dengan sempurna, jika lidi yang dicucuk pada tengah mufin kekal bersih apabila ditarik keluar, maka mufin anda telah masak dengan jayanya.



Sungguh mudah bukan?

Selamat mencuba!


[Kredit resipi: mStar]

Tags

Top Post Ad

Below Post Ad