Resepi Sambal Tempe dan Ikan Bilis Rangup.
Masakan berasaskan tempe seringkali menjadi kegemaran masyarakat berbilang kaum di Malaysia yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain lagi.
Seperti yang diketahui umum, tempe menjadi makanan tradisional yang sinonim di kalangan masyarakat Jawa khususnya terutama di sekitar negeri Johor ini dan ianya dihasilkan menerusi proses penapaian kacang soya.
Hidangan seperti tempe goreng dan sambal goreng Jawa adalah di antara hidangan popular tempatan dan amat diterima baik kerana mudah didapati kerana bahan utamanya iaitu tempe dijual di pasar besar awam, pasar raya, pasar tani dan pasar-pasar sekitar bandar mahupun pekan kecil.
Selain itu tempe juga merupakan bahan utama dalam penyediaan kuah lodeh yang sentiasa menjadi kebiasaan ketika dihidang bersama ketupat pada sambutan lebaran.
Kali ini TUPAI akan berkongsi bagaimana cara menyediakan Sambal Goreng Jawa dan resipi ini boleh sahaja di ubah suai mengikut citarasa dan kreativiti anda.
Bahan yang perlu digoreng:
3 keping tempe (dijual dalam bungkusan plastik)
4 keping tauhu
Bahan yang perlu dikisar:
3 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
Bahan-bahan lain:
6 sudu cili boh
10 batang kacang panjang
10 gram suun (direndam)
4 keping tauhu kering (direndam)
2 batang lada merah dan hijau (dihiris untuk hiasan)
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak
Cara menyediakannya:
1. Tauhu, tempe dan kacang panjang dipotong serong.
2. Tauhu dan tempe digoreng tiga suku masak dan ketepikan.
3. Asingkan separuh minyak dan tumiskan bahan yang dikisar tadi sehingga wangi.
4. Masukkan gula dan garam secukup rasa dan kacau sehingga rata.
5. Masukkan pula tauhu dan tempe yang sudah digoreng, kacang panjang, suun dan tauhu kering.
6. Tabur garam dan gula secukup rasa.
7. Kacau sehingga rata dan sedia untuk dihidang.
[Kredit resipi: Berita Harian]